Monday, February 18, 2008

Jutawan X'Tream- from Che Din

MEMBUKA RAHSIA KUNCI X
motivasi, Tip Bisnes Friday, February 15, 2008
Assalamualaikum , Apa Khabar? Sihat , Bahagia , Tenang dengan kehidupan anda? Dalam seminggu ini saya dok menyiapkan beberapa flyer dan bisnes card rakan-rakan. Alhamdulillah selesai semuanya.

Hari ni saya just nak intro sikit tentang RAHSIA KUNCI X. Apa benda ni. Ala benda yang biasa je dah ni. Asyik2 benda tu ajer tak boleh juga...... Hah! Mungkin ramai orang akan kata seperti itu tapi yang dah biasa , selalu dengar inilah RAHSIA sebenarnya. Tapi mereka tak ikut dan amalkan , jadi macam mana nak berjaya dalam usaha yang mereka lakukan.... Jadi kat sini aku nak Intro sikit tentang apa itu RAHSIA KUNCI X versi Che Din.... Ia pun bukan RAHSIA , perkara-perkara yang anda telah dengar setiap hari , anda sebut mungkin setiap hari .. tapi bagaimana membawa ia kepada titik pertemuan dan keseimbangan yang menjadi ?????

Saya mulakan dengan X. Kenapa saya mengambil X. Ini kerana X adalah persilangan dua garis lurus dan mempertemukan satu titik pertemuan. Jadi ada 2 garis yang di silangkan untuk mendapatkan titik pertemuan dan ia juga boleh kita katakan titik keseimbangan.

Kadang-kadang dalam kita mencari kekuatan kita hanya menggunakan satu paksi sahaja tidak menggunakan 2 paksi dan di silangkan untuk mencari titik kekuatan pertemuan dan keseimbangan. Ya ia perlu seimbang dan ia akan jadi lebih POWERFULL....

HIDUP BERPASANGAN ...

Kita lihat sahaja kehidupan ini Allah ciptakan berpasang-pasangan. Adam dan Hawa , Lelaki dan Perempuan , Tinggi Rendah , Kecil Besar , Kuat Lemah , Menang Kalah , Hidup Mati , Syurga Neraka , Dunia Akhirat , Positif Negatif , Baik Jahat , Minat Tak Minat , Berjaya Gagal .... Jadi dalam pasangan-pasangan ada yang kita perlu hanya memilih satu paksi sahaja contoh , Berjaya Gagal , Anda perlu pilih satu , tetapi Contoh bagi konsep , Dunia Akhirat , anda perlu Seimbangkan ia di Titik Pertemuan. Jadi Kunci X yang saya ingin sentuh di sini adalah Titik Pertemuan dan Keseimbangan.

Kita mulakan kepada satu persatu kunci ....

Kunci 1 : OTAK x JANTUNG ( FIKIRAN x PERASAAN )

Jika kita hanya menggerakkan Fikiran sahaja tanpa menyeimbangkan dan membuat pelarasan yang seimbang pada Perasaan kita , mungkin kita masih belum POWERFULL untuk membina kekuatan. Seperti yang saya sebut dulu , Perasaan mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam merealisasikan apa yang di fikirkan oleh otak kita...

Kunci 2 : KEYAKINAN x KEBERANIAN

Mulanya orang kata dia tidak Yakin. Namun bila telah YAKIN tetapi mereka masih tidak mencapai apa-apa. Ini kerana mereka tidak seimbangkan dengan KEBERANIAN. Anda perlu lebih YAKIN dan BERANI mengambil keputusan , membuat sesuatu tindakan yang betul. Biasanya apabila kita telah YAKIN , InsyaALLAH ia akan membantu kita untuk lebih BERANI.

Kunci 3 : KEGIGIHAN x KESABARAN

Ramai orang Semangat dan GIGIH bekerja tetapi jika ia tidak sabar dan tidak pula menghubungkan 2 lagi kunci di atas , mungkin mereka akan separuh jalan sahaja. Ada orang Sabar tetapi tahap kegigihannya agak lemah . Mereka bertahan sekian lama tanpa ada usaha-usaha hebat yang dilakukan. Anda pernah tengok cerita Bill Porter seorang Jurujual Kurang Keupayaan menggambungkan Kunci X Kegigihan dan Kesabaran dalam proses penjualannya dan akhirnya beliau menjadi Jurujual terbaik mengalahkan mereka yang sempurna fizikal dan pertuturan. Kegigihan ini juga di sebut PERSISTENCY.

Kunci 4 : ILMU x AMAL

Ya! Ini kunci yang TERHEBAT. Ilmu adalah KUASA yang besar namun apabila ilmu tidak diseimbangkan dengan AMAL ( Tindakan ) maka kuranglah POWERFULL Ilmu yang di timba kerana tidak di manfaatkan. Contoh , Baru ni saya didatangi seseorang nak belajar internet marketing . Saya kata boleh tapi tuan kena buat terus. Kalau belajar kemudian tak buat terus nanti takut kurang dimanfaatkan Ilmu itu dan akhirnya hilang begitu sahaja. Jesteru itu Carilah Ilmu yang Bermanfaat dan Amalkanlah. MengAMALkan apa yang kita telah tahu itu antara salah satu KUNCI X yang kuat.

Kunci 5 : HUBUNGAN DENGAN TUHAN x HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Ini juga kunci RAHSIA X yang perlu kita ambil berat. Oleh kerana kita terlibat dalam perniagaan membina hubungan dengan manusia sudah tentu kita perlu seimbangkan dengan hubungan dengan Tuhan. Kita pernah dengar pepatah arab , " Kalau Berkawan Dengan Tukang Besi , Kita Akan Terkena Panas Percikan Besi , Kalau Kita Berkawan Dengan Saudagar Minyak Wangi ,Kita Akan Terkena Wangian Minyak Wanginya" Sebab tu tak heran Mat Rempit akan selesa berkawan dengan Geng-Geng Mat Rempitnya kerana JIWANYA ada di situ , Geng-geng yang JIWANYA ROCK akan berkawan dengan orang sepertinya , Geng-geng yang JIWANYA NASYID akan berkawan dengan orang sepertinya. Maksud KAWAN disini dimana JIWANYA lebih merasa selesa. Mereka mungkin akan berkawan semua tetapi yang akrab adalah mereka yang kita rasa SELESA di JIWA. Jesteru itu , rapatkan Hubungan Dengan Tuhan kerana POTENSI kita adalah anugerahnya dan semoga Tuhan Mempertemukan kita dengan Orang-orang yang hebat. Untuk ini kita akan gabungkan nanti dengan Kunci 1.

Kunci 6 : KEWANGAN x KESIHATAN

Saya membaca dalam banyak buku-buku bagaimana mencipta kekayaan mereka juga akan menyebut tentang perlu MENJAGA KESIHATAN. Jesteru itu , kita perlu seimbangkan antara dua persilangan Kewangan dan Kesihatan untuk mencipta Kehidupan yang lebih Sihat dan Selesa. Saya masukkan kunci ini kerana kita berada dalam kondisi perniagaan seperti ini. Namun dalam apa pun kita perlukan kedua-duanya. Adalah lebih sedih apabila kita sakit kita tidak punya wang dan sedih juga jika kita ada banyak wang tetapi kita sakit. Jesteru itu kita perlu seimbangkan keduanya.

Kunci 7 : KESYUKURAN x KEIKHLASAN

Ya! kita ingin mencari kehidupan yang BAHAGIA dan DIBERKAHI ALLAH. Jesteru itu kita perlu niat dan pusatkan segala aktiviti kehidupan kita pada satu PUSAT KUASA AGUNG. Setiap apa yang ALLAH telah anugerahkan kepada kita perlu kita panjatkan KESYUKURAN. InsyaALLAH jika kita sering bersyukur dengan apa yang telah di anugerahkan ia juga turut membantu rasa Keikhlasan dalam diri kita. Ya! Kita perlu ikhlaskan semuanya jika boleh. Hati yang ikhlas akan mendapat satu titik kedamaian , ketenangan , kebahagian. Jesteru itu kita perlu dari Zon Nafsu kepada Zon Ikhlas. Anda pernah tengok cerita Indonesia Kiamat Sudah Dekat yang ditayangkan di TV9 dulu bagaimana Fendi mencari Ilmu Ikhlas . Saya yakin jika anda dapat membuka KUNCI X ini , anda akan jadi seorang yang hebat dan tidak mustahil anda akan menarik rezeki anda.

KUNCI 8 : IKHTIAR X TAWAKKAL

Salah satu kehebatan Abdul Rahman Auf seorang sahabat Nabi yang TERKAYA dizaman nabi adalah memiliki Keyakinan diri yang tinggi disamping semangat LUARBIASA adlam berikhtiar. Saya lebih suka menggunakan perkataan Ikhtiar dari Usaha kerana Ikhitar ini lebih nampaknya Ekstrim , lebih nampak bersungguh-sungguh. Jadi kita perlu berikhtiar mencari jalan untuk kita mampu mencapai Impian kita. Setalah kita telah berikhtiar dengan bersungguh-sungguh , jika kita mempunyai beberapa Kunci Lain kita akan serahkan kepada ALLAH untuk menentukan ikhtiar kita. Kita bertawakkal dan berserah kepadanya dengan rasa syukur dan ikhlas. Jika kita tidak boleh lakukan cari A , maka ikhtiarkan cara B , jika tidak ikhtiarkan cara C , insyaALLAH apabila Kegigihan di Silangkan dengan Kesabaran seperti yang disebut pada kunci 3 tadi.

Kunci 9 : DOA x KETENANGAN

Dari rententan beberapa kunci di atas ada satu hal lagi iaitu kita perlu senantiasa berdoa dan berdoa keran itu juga salah satu kekuatan yang kita ada. Tapi ada orang kata kenapa dah banyak doa tapi tidak di makbolkan , taat beribadah tapi doa tidak dimakbulkan. Mungkin ada satu sebab kerana kita tidak mengajak hati bersama kita. Anda ingat KUNCI Hubungan Dengan Tuhan dan Manusia tadi. Sebab itu banyak Doa dimakbulkan ketika kita di depan Kaabah atau di Mekah , Madinah. Ini kerana kita merasakan ALLAH dekat dengan kita , Waktu itu kita merasa tenang dan FOKUS kita juga adalah untuk beribadat mendekatkan diri kepada ALLAH. Jesteru itu , anda akan mendapat kekuatan berdoa apabila anda berada dalam Ketenangan. Mintalah dalam keadaan yang tenang. Sebab itu digalakkan dia ketika 2/3 malam , anda sendiri boleh merasai hati anda waktu itu tenang , ketika hujan turun. Ya , DOA dan KETENANGAN cukup kuat persilangannya.

Kunci 10 : PELUANG x STRATEGI

Ini adalah Kunci Untuk Membuka GERAK KERJA Program Jutawan X.Stream. Ramai orang dapat Peluang tetapi tidak di temu dan seimbangkan dengan Strategi Gerak Kerja. Akhirnya Peluang dibiarkan sedangkan orang lain yang memanfaatkan Strategi Gerak Kerja merekalah yang mendapatkannya. Jesteru itu di satu garis adalah Peluang dan di satu garis adalah Strategi jika ia di silangkan pada satu titik pertemuan dan keseimbangan , TIDAK MUSTAHIL , andalah JUTAWAN X.STREAM 2008 yang di cari... Lebih potensi lagi jika anda berjaya membuka 8 lagi Kunci Rahsia X ....

Untuk menjadi kuat kita PERLUKAN KESEIMBANGAN... Jadi anda perlu seimbangkan dalam 2 perkara ( cth : Fikiran dan Perasaan ), Anda juga perlu pilih Hanya 1 Perkara dari 2 Perkara (cth : Kejayaan dan Gagal ) .....

Mungkin ada banyak hal disini yang anda tidak setuju . Tetapi catatan ini hasil dari gerak rasa yang pengalaman yang saya lalui sendiri untuk saya kongsikan. Jika anda ada IMPIAN dan MATLAMAT yang jelas , InsyaALLAH ...... InsyaALLAH ada lagi beberapa RAHSIA KUNCI X yang perlu kita buka sama-sama .

CERITA SAYA ::: Setelah saya menggunakan salah satu RAHSIA KUNCI X , semalam ada seseorang dari Sabah SMS saya yang minta saya poskan Proposal Perniagaan Jutawan X.Stream kepada beliau...

Ketika saya memikirkan dimana saya perlu mencari 10 kotak lagi susu IgG Plus , tiba-tiba ada hamba ALLAH yang sedia membantu. Di saat saya memikirkan SIAPALAH yang boleh buat 1000pv di jalur kaki saya , Alhamdulillah tiba-tiba rakan lama call nak buat balik dan dia telah buat 1000pv....

Ketika saya memikirkan untuk mencari duit tambahan sedikit , Alhamdulillah tiba-tiba Seorang Cikgu call dari Alor Star minta saya dan rakan saya buat Bengkel Kepimpinan Pelajar. Dalam masa sama saya juga dapat idea bagaimana saya boleh dapatkan RM1000 pada bulan ini ....

Semalam juga ketika saya menuju ke Masjid untuk solat Jumaat saya telah menerima satu SMS dari seorang rakan baik saya mengatakan dia dah bersedia untuk bergerak dalam Program SST.

Cuma Ada Satu Rahsia KUNCI X yang saya tidak dapat buka lagi untuk memenuhi keperluan ini. Mungkin juga saya perlukan seseorang untuk membantu membuka RAHSIA KUNCI X yang satu nie. Saya pernah membukanya dahulu tetapi leh kerana lama terbiar tidak dimanfaatkan ianya telah tutup kembali. InsyaALLAH semoga diberi kekuatan untuk aku membuka RAHSIA KUNCI X yang aku maksudkan itu .... Syukur Alhamdulillah ....

Oklah , dah banyak menulis nie .... Jika anda ingin menjadi JUTAWAN X.STREAM 2008 sila ke http://www.freewebs.com/dinsst/

Friday, February 8, 2008

“Hari ini adalah hari terakhir ku”


“Hari ini adalah hari terakhir ku”
Berkatalah sedemikian tiap kali anda bangun dari tidur setiap pagi, insyaAllah setelah ianya menjadi satu kebiasaan kepada anda dan sebati dengan minda dan jiwa anda, pasti tiap hari anda akan diisi dengan kebaikan dan kemuliaan.
Seringkali antara kita cuba mengagak dan menghitung hari-hari yang bakal kita lalui masa depan, apakah tidak terfikir akan kita masa depan yang kita bayangkan hanyalah bayangan manis yang cuba kita tafsirkan sendiri sedangkan ianya adalah sesuatu yang tidak pasti. Adakah esok masih ada untuk kita? Adalah lebih baik kita laksanakan saja tugas hari ini dengan sebaik mungkin dan penuh keikhlasan seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kita menjalani kehidupan ini. Masa terbaik untuk kita melakukan sesuatu untuk masa depan kita adalah hari ini, sekarang juga. Lakukan segalanya hari ini, ibadat kepada tuhan, nafkah keluarga, kasih sayang, menolong orang , khidmat kepada ibu bapa dan segalanya pada hari ini juga. Lakukan segala kebaikan yang termampu hari ini juga.Ingat “Hari ini adalah hari terakhirku”…….
Apabila kita membicarakan soal “Hari ini adalah hari terakhir ku” mengapa pula harus kita memikirkan kisah-kisah yang telah berlalu? Adakah ianya akan kembali? Bukankan dengan mengingati kisah yang lalu itu sebenarnya telah mencuri masa kita yang amat berharga hari ini..Jangan lupa “hari ini adalah hari terakhir ku” jangan dibazirkan masa yang terakhir ini untuk melaksanakan semampu kita akan segala kebaikan yang mampu kita laksanakan hari ini. Apabila kita mengingati masa lalu, ianya telah berlalu dan telah menunjukkan jalannya samaada baik atau buruknya kita hari ini, yang pastinya adalah hari ini, apakah tindakan kita hari ini dapat menjadikan kisah lalu kita pada akan datang sesuatu yang lebih baik?
“Hari ini adalah hari terakhir ku” …jadikanlah azimat untuk kita melaksanakan yang terbaik untuk hari ini dan kiranya dipanjangkan masa oleh Yang Maha Pencipta , juga untuk hari-hari yang seterusnya untuk kita menjadi insan yang terbaik kepada Agama, Bangsa, Negara, keluarga dan group kita.

By: DinSmart.Smart Success Team.
http://www.alivingmydream.com/ridzahudin/mengenai.html

Thursday, February 7, 2008

Minda & Jiwa yang POSITIF

Hari ini aku ingin kongsikan sedikit tentang satu perkara yang cukup menarik perhatian dan sentiasa membuatkan aku berfikir tentangnya. Jika dahulu ramai orang kata kita kena berfikiran positif , berfikiran positif namun ada satu lagi perkara yang cukup dalam dan MAHA dasyat tentang berperasaan positif ( positive feeling )..

Ini kerana apa yang anda RASA semasa anda memikirkannya itu lebih kuat getarannya dan ia adalah yang sebenarnya....

Jadi dalam versi baru ini akan berbunyi Anda akan mendapat apa yang paling anda RASAKAN ketika anda memikirkanya dan jika dahulu ia berbunyi Anda akan mendapat apa yang anda fikirkan....

Sebagai Contoh : Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan , APAKAH YANG ANDA RASAKAN DI HATI ? Adakah anda merasa : takut , stres , bingung , tidak yakin , tidak nampak jalannya , kurang kemampuan . atau Adakah anda merasa : tenang , yakin , ikhlas , syukur ?

Anda sendiri yang mengetahui apa yang HATI anda rasakan.....

Sebenarnya Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan ia adalah hanya sebuah fikiran anda yang hanya menguasai hanya 12% berbanding adakah anda merasa itulah perasaan anda yang menguasai 88%...

TAHUKAH ANDA ? "Hasil kajian para ilmuwan membuktikan kualiti elektromagnetik jantung (perasaan) 5000 kali lebih kuat daripada otak. Dengan kata lain positive thinking memakai tenaga 1 watt , maka positive feeling memakai tenaga 5000 watt."

Jesteru itu kita perlu MENYELARASKAN positive thinking dengan positive feeling agar selari dimana ketika otak memikirkan tentang kejayaan , perasaan anda dapat menerimanya dengan tenang , rasa syukur , bahagia dan yakin... PERNAH BUKAN ????

Ketika anda mengatakan anda INGIN SUKSES tetapi ada sesuatu yang kurang enak pada perasaan anda ?.... Jadi mari kita bina KEIKHLASAN pada Perasaan kita dengan keluar dari Zon Nafsu kepada Zon Ikhlas...

Zon Nafsu adalah perasaan-perasaan Takut , Marah , Cemas dan Keluh manakala

Zon Ikhlas adalah perasaan-perasaan Syukur , Sabar , Fokus , Tenang , Bahagia. JESTERU itu
Kuncinya adalah KEIKHLASAN dalam semua yang telah dan akan anda lakukan. Ikhlaskan diri atas semuanya kepada ALLAH.

MENGAPA RAMAI ORANG TIDAK BERJAYA ? Ini kerana Apa yang difikirkan tidak di selaraskan dengan apa yang dirasakan. Akhirnya kita sendiri jadi buntu untuk memikirkan..

Satu persoalan ? Mengapa kita tidak melakukan sesuatu yang kita fikirkan bermanfaat bagi kita? Kita ingin sihat tetapi tidak pernah bersenam dan mengambil makanan yang sesuai , Kita ingin berjaya tetapi selalu menangguh-nangguhkan kerja , Kita ingin punya ramai rakan-rakan tetapi agak sukar untuk kita tersenyum , Kita ingin dibantu tetapi sukar meminta tolong , Kita ingin mengetahui sesuatu tetapi tidak mahu mengikuti program latihan , kita ingin ikhlas tetapi tidak mau berserah diri.....

Jesteru itu , untuk mencapai tahap Positive Feeling yang baik , kita perlu berusaha MENGIKHLASKAN diri , keluar dari Zon Nafsu ke Zon Ikhlas , Selaraskan Antara Fikiran dan Perasaan .......

Hah ! Mungkin anda kurang faham? InsyaALLAH dalam pertemuan-pertemuan saya bersama anda mungkin kami boleh kongsikan tentang kekuatan POSITIVE FEELING dan anda juga akan tau tentang apa itu LAW OF ATTRACTION dan QUANTUM IKHLAS

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Telah Anda Ada , Ikhlaskan Diri dan Capailah Kekuatan Positive Feeling anda .........................

Sebab itu pepatah mengatakan "Ikut Hati Mati " Jika Perasaan kita sering didorong dalam Zon Nafsu ...

Namun Jika Di Dorong Zon Ikhlas , anda PASTI akan mencapai apa yang anda impikan.....
Kepada Anda Yang Pertama Kali ke Blog Aku , silalah ke laman web aku di www.chedin.myniaga.net

ANDALAH APA YANG ANDA RASAKAN SEMASA ANDA MEMIKIRKANNYA !!!!

Salam kejayaan Hairuddin Abdullah










Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH at 6:36 PM

Saturday, February 2, 2008

Tips Dari Che Din -Motivator SST

MATLAMAT YANG KHUSUS
motivasi, Tip Bisnes Monday, January 28, 2008 1 comments
Salam Sejahtera ! Cuba tanya pada diri anda ? Apakah IMPIAN yang anda MESTI Capai untuk tahun 2008. Atau masih kabur dengan impian atau masih tiada impian.... Hari tu masa di LCC Penang saya cerita kisah tentang John Goadard yang telah menulis , melihat , membaca 100 impian yang gila-gila. Waktu itu umurnya baru 21 tahun. Apabila umur telah mencapai 68 tahun beliau telah mencapai 80 impiannya. Dan impiannya semua hebat2 seperti melawat air terjun niagara dan pusing seluruh dunia utk melihat tempat-tempat terhebat. Masa di LCC ari tu aku dah berikan sedikit panduan bagaimana nak setkan Matlamat menggunakan kaedah 4W1H.

Untuk berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi , anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda tahu? PENGHALANG TERBESAR kita nak mencapai sesuatu pencapaian adalah kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang khusus.

Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Napoleon Hill , sejak 20 tahun yang lalu beliau telah habiskan masa mengkaji lebih daripada 20 ribu orang dari segenap pelusuk dunia. Hasil kajian beliau mendapati sebanyak 95% dari mereka adalah orang-orang yang gagal. Ini bermaksud mereka hanya mempunyai secukupnya sahaja , malahan sesetengahnya langsung tidak dapat menyediakan keperluan hidup secukupnya.

5% lagi adalah orang-orang yang berjaya dan "berjaya" disini bermaksud mereka mampu menyediakan segala keperluan hidup disamping dapat menyimpan dan melabur untuk mencapai kebebasan kewangan sebenar.

KESIMPULAN PENTING : dari kajian ini Dr. Napoleon Hill mendapati golongan 5% yang telah mencapai kejayaan adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai MATLAMAT UTAMA YANG KHUSUS dan juga membuat perancangan khusus untuk mencapai matlamat tersebut.

NAH ! Kita lihat dalam bidang perniagaan MLM yang kita ceburi TERNYATA bahawa hanya 5% sahaja yang berjaya mencapai apa yang mereka impikan dan 95% melalui kegagalan , putus asa , lemah semangat kerana mungkin mereka tidak mempunyai matlamat khusus atau jika ada MEREKA KURANG YAKIN DENGAN MATLAMAT sendiri dan tidak membuat perancangan.

DEFINISI kejayaan bagi mereka sentiasa berubah-ubah dan sentiasa dipengaruhi oleh gaya hidup orang lain , majalah-majalah yang mereka baca , iklan-iklan televisyen dan sebagainya. Pendek kata , mereka mengukur kejayaan melalui kaca mata orang lain dan gagal untuk mendifinisikan kejayaan mereka sendiri dan sentiasa menganggap diri mereka gagal jika dibandingkan dengan orang lain.

Jadi kepada ANDA yang MASIH BELUM ada MATLAMAT KHUSUS , Dapatkan MATLAMAT KHUSUS anda , Buat perancangan ke arahnya.....

Ada juga orang yang ada Matlamat Tetapi Mereka Gagal Mencapainya... Jadi gunakan persoalan ini ..

Apa Matlamat Mereka : Adakah khusus , spesifik , mampu di capai?

Bila Nak Capai matlamat : Mereka tidak meletakkan deadline bila matlamat ingin dicapai.

Kenapa Nak Capai Matlamat : Mereka juga kadang-kala tidak tahu apa sebab paling besar mengapa mereka ingin mencapai matlamat . Dan kalau ada pun masih tidak spesifik dan samar.

Siapa yang mereka kongsikan Matlamat mereka. Mereka kadangkala hanya menulis sendiri dan tidak berkongsi dengan seseorang yang dapat membantu kita mengingat , memberi sokongan dan membantu kita mencapai matlamat kita.

Bagaimana Cara Nak Capai Matlamat. Mereka gagal membuat perancangan , menyusun cara-cara untuk mereka mencapai matlamat. Bertindak , bertindak , bertindak.....

Akhirnya jadilah mereka INSAN YANG HANYA MENGIKUT ORANG... Orang suruh tulis matlamat dia tulis , tapi dalam Jiwa dan Minda ia tidak dilihat sebagai satu yang PALING SERIUS ..........

Oklah .. Kepada anda yang dah tulis MATLAMAT Syabas... Apa matlamat kerja anda hari ini , minggu ini , bulan ini , tahun ini? .......

ANDA NAK TAHU RAHSIA ::: 6 LANGKAH Mencapai RM20,897.00 dengan FORMULA SDA 412 & Bagaimana Hari Ini Orang Telefon Saya Bersemangat Nak Join Bisnes Saya Kerana Beliau Ada MATLAMAT YANG KHUSUS dan JELAS?


Sila ke web Aliving My Dream


Sekian ,

Hairuddin Abdullah