Hari ini aku ingin kongsikan sedikit tentang satu perkara yang cukup menarik perhatian dan sentiasa membuatkan aku berfikir tentangnya. Jika dahulu ramai orang kata kita kena berfikiran positif , berfikiran positif namun ada satu lagi perkara yang cukup dalam dan MAHA dasyat tentang berperasaan positif ( positive feeling )..
Ini kerana apa yang anda RASA semasa anda memikirkannya itu lebih kuat getarannya dan ia adalah yang sebenarnya....
Jadi dalam versi baru ini akan berbunyi Anda akan mendapat apa yang paling anda RASAKAN ketika anda memikirkanya dan jika dahulu ia berbunyi Anda akan mendapat apa yang anda fikirkan....
Sebagai Contoh : Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan , APAKAH YANG ANDA RASAKAN DI HATI ? Adakah anda merasa : takut , stres , bingung , tidak yakin , tidak nampak jalannya , kurang kemampuan . atau Adakah anda merasa : tenang , yakin , ikhlas , syukur ?
Anda sendiri yang mengetahui apa yang HATI anda rasakan.....
Sebenarnya Ketika Anda Memikirkan Tentang Anda Mesti Jadi Jutawan ia adalah hanya sebuah fikiran anda yang hanya menguasai hanya 12% berbanding adakah anda merasa itulah perasaan anda yang menguasai 88%...
TAHUKAH ANDA ? "Hasil kajian para ilmuwan membuktikan kualiti elektromagnetik jantung (perasaan) 5000 kali lebih kuat daripada otak. Dengan kata lain positive thinking memakai tenaga 1 watt , maka positive feeling memakai tenaga 5000 watt."
Jesteru itu kita perlu MENYELARASKAN positive thinking dengan positive feeling agar selari dimana ketika otak memikirkan tentang kejayaan , perasaan anda dapat menerimanya dengan tenang , rasa syukur , bahagia dan yakin... PERNAH BUKAN ????
Ketika anda mengatakan anda INGIN SUKSES tetapi ada sesuatu yang kurang enak pada perasaan anda ?.... Jadi mari kita bina KEIKHLASAN pada Perasaan kita dengan keluar dari Zon Nafsu kepada Zon Ikhlas...
Zon Nafsu adalah perasaan-perasaan Takut , Marah , Cemas dan Keluh manakala
Zon Ikhlas adalah perasaan-perasaan Syukur , Sabar , Fokus , Tenang , Bahagia. JESTERU itu
Kuncinya adalah KEIKHLASAN dalam semua yang telah dan akan anda lakukan. Ikhlaskan diri atas semuanya kepada ALLAH.
MENGAPA RAMAI ORANG TIDAK BERJAYA ? Ini kerana Apa yang difikirkan tidak di selaraskan dengan apa yang dirasakan. Akhirnya kita sendiri jadi buntu untuk memikirkan..
Satu persoalan ? Mengapa kita tidak melakukan sesuatu yang kita fikirkan bermanfaat bagi kita? Kita ingin sihat tetapi tidak pernah bersenam dan mengambil makanan yang sesuai , Kita ingin berjaya tetapi selalu menangguh-nangguhkan kerja , Kita ingin punya ramai rakan-rakan tetapi agak sukar untuk kita tersenyum , Kita ingin dibantu tetapi sukar meminta tolong , Kita ingin mengetahui sesuatu tetapi tidak mahu mengikuti program latihan , kita ingin ikhlas tetapi tidak mau berserah diri.....
Jesteru itu , untuk mencapai tahap Positive Feeling yang baik , kita perlu berusaha MENGIKHLASKAN diri , keluar dari Zon Nafsu ke Zon Ikhlas , Selaraskan Antara Fikiran dan Perasaan .......
Hah ! Mungkin anda kurang faham? InsyaALLAH dalam pertemuan-pertemuan saya bersama anda mungkin kami boleh kongsikan tentang kekuatan POSITIVE FEELING dan anda juga akan tau tentang apa itu LAW OF ATTRACTION dan QUANTUM IKHLAS
Bersyukurlah Dengan Apa Yang Telah Anda Ada , Ikhlaskan Diri dan Capailah Kekuatan Positive Feeling anda .........................
Sebab itu pepatah mengatakan "Ikut Hati Mati " Jika Perasaan kita sering didorong dalam Zon Nafsu ...
Namun Jika Di Dorong Zon Ikhlas , anda PASTI akan mencapai apa yang anda impikan.....
Kepada Anda Yang Pertama Kali ke Blog Aku , silalah ke laman web aku di www.chedin.myniaga.net
ANDALAH APA YANG ANDA RASAKAN SEMASA ANDA MEMIKIRKANNYA !!!!
Salam kejayaan Hairuddin Abdullah
Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH at 6:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment